Buat awak yang saya sayang...
Saat waktu bersama awak, saya lah orang yang paling gembira kerana mendapat cinta dan kasih sayang dari awak..
Saya inginkan awak bahagia bersama saya bukan kerana harta, juga bukan kesempatan tapi kerana cinta saya terhadap awak..
Mungkin saya merimaskan awak selalu tapi saya harap awak sentiasa selamat dan gembira dengan kehadiran saya dalam hidup awak..
Dengan adanya saya disisi awak, saya yakin awak akan merasa sangat selesa...
Kerana setiap saat yang saya ada, saya inginkan awak....
Kerana awak, hidup saya menjadi amat bermakna sekali...
Kerana awak hari-hari saya semakin indah...
Kerana awak mimpi-mimpi saya mungkin akan menjadi nyata...
Kerana awak saya tekad untuk melakukan yang terbaik..
Kerana awak saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan saya..
Kerana awaklah saya teruskan hidup meskipun awak bukan lagi milik saya..
Kerana awak jugalah, saya mengalirkan airmata, yang bagi saya amat bermakna...
Tidak pernah untuk saya mengalirkan airmata cinta dalam hidup saya...
Awaklah insan pertama yang mampu membuatkan airmata saya mengalir kerana cinta...
Dan airmata itu tidak akan lagi mengalir untuk cinta...
Awak yang tersayang...
Saya bukanlah perempuan yang luarbiasa yang mungkin tidak pernah melakukan khilaf tapi kerana saya adalah perempuan biasa...
Saya tidak pernah terlepas untuk melakukan kekhilafan yang lazim dilakukan oleh manusia biasa kerana saya adalah manusia biasa..
Setiap kenangan kita akan saya abadikan dalam memori kehidupan saya tidak kira sama ada awak menjadi milk saya dalam hayat ini atau tidak..
Kenapa awak tidak pernah untuk memberi saya peluang untuk membela diri disaat awak bermain dengan persoalan-persoalan..???
Adakah awak masih sayangkan saya seperti saat kita bersama dulu..??
Adakah awak sudah lupakan saya yang pernah hadir dalam hidup awak..??Adakah pelangi dalam hidup awak semakin pudar...???
Adakah matahari awak telah berlalu pergi..???
Awak....
Saya tetap menunggu awak walaupun sekadar dalam mimpi kerana saya masih sayangkan awak sma seperti saat kita bersama...
Sememangnya saya rasa bersalah terhadap awak kerana gagal mempertahankan cinta awk terhadap saya...
Seolah-olah saya bagi awak seorang perempuan yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan awak..
Bagi awak saya hanyalah persinggahan semata-mata kerana badai yang pernah datang dalam hidup awak sebelum saya....
Saya inginkan awak kembali untuk meneruskan perjalanan cinta kita yang pernah berhenti di perhentian pengharapan...
Saya inginkan awak pulang kepangkuan saya supaya saya dapat membuktikan bahawa saya dicipta untuk awak..
Dan awak diciptakan untuk saya......