Saturday, July 23, 2011

hmmm.....=(

jangan buwart orang yang mencintai kamu kecewa!!



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.     
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.    
 3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik baginye walaupun orang lain cakap yang bukan-bukan tentang kamu.  
  4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.   
  5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. 
   6] Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.     
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.     
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.    
 9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.    
 10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.    
 11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.    
 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.   
  13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.    
 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.    
 15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’     
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.    
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.   
  18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.     
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.    
 20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.   
  21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.    
 22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.    
 23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Saturday, June 18, 2011

now u know how i feel.....

sekarang baru kau rase ap yang aq rase bile kau tinggalkan aq.....
betapa terseksa nya jika orang yang kite sayang gile vavy...tinggalkan kite....
allah maha adil....
hidup bagaikan roda.....ada masa kite berada di tempt yang teratas....dan ada masa kite di tempat yang paling terseksa....
aq sentiasa berdoa agar kau ta rase apa yang aq rase masa kau tinggalkan aq....
tp akhir nye kau rase jugak....
sekarang aq hanya berdoa agar allah sentiasa berikan kau kebahagiaan....dan kegembiraan dlm hidup kau....

aq kenal kau....kau sangat pandai dalam berkata-kata.....
hope kau happy dgn life kau...
aq ta na tengok kau sedih...
aq na kau happy...
tu jer yang aq minta....
salam....

Wednesday, June 15, 2011

what memory.....!?

memory..
aq tidak pernah lupe memory saat aq bersama dengan dirimu...
setiap saat aq, ketika aq bersamamu masih segar di ingatan ku ini...
jika kau mahu aq beritahu satu persatu aq bole bgtaw kau..

memory yang ta dapat aq lupekan sehingga saat ini adalah saat
first,
 kau beri kepada ku bunga plastik..haha.dekrt dewan makan teknik kajang...tapi sayang nye aq ta ingt tajuk lagu yang kau nyanyi dengan EDa masa tu....
second,
kau text aq..kau cakap lagu pesanan buwart kekasih khas untuk aq...aq sungguh gembira di dalam dorm...aq na bersiap turun dewan makan pun ta tenteram....aq ingt lg sbb kau bg lagu tu dekrt aq kenapa..kau bg lagu tu dekrt aq sbb kau kata kau na tebus balik kesalahan-kesalahan selama ni yang kau ta balas text aq...mule-mule oke...tapi lame-lame kau ulang balik kesalahan tu..
third,
saat kau marah dengan aq..
kau marah maybe sebab kau jelous...jelous aq rapat dengan kemas lepak-lepak depan bilik mama jun..
aq suke melihat wajah mu ketika kau sedang marah...hihih.....sbb tu larh aq suke buwart kau marah kowt...
yea larh saat ni kau da taw yang aq penah suke dekrt kemas dulu...masa tingkatan empat...aq ta taw kenapa kau marah sangat dengan aq bile kau nampak aq rapat dengan kemas..
fourth,
aq ingat bile masa kite lepak dalam bilik seroja masa tu,kau tgh pakai earphone konon nye tgh dgr lagu tapi ta pun, ad aq,awe and nabila dekrt 1 table tengah discus something yang agak kau ta suke..
sampai kau tersalah paham ap yang kiteorang bincangkan...lalu kau marah and then kau klua daripada bilik tu...aq ingt kau da ta kisah pasal aq da masa tu..sbb dlm otak aq ckap..kau asyik fikir pasal dora.masa tu kau rapat dengan dora and menimbulkan sala paham antara aq dgn kau dan juga sala paham antara aq dgn kawan-kawan aq yang lain terutama sara.
tapi aq silap.rupe-rupenye kau masih memikirkan tentang ku.buktinye balik daripada skola after solat zohor kau text aq..kau ty kenapa minum ubat batuk sampai overdos...? bile aq bace text kau mcm tu aq terus gelak.... 5 minit lepas tu kau ckp walaupun kau ingat dora tapi dalam masa yang sama kau masih memikirkan diriku...
aq sangat terharu bile melihat text yang kau hantar tu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

adeeehhh....
kalu na bercerita pasal memory semua bole aq cerita tp....maybe bia larh sampai sini jer...
sbb aq ta na orang syak wasangka pada blok aq...nanty ta pasal-pasal lain pulak jadinye....
tapi...
if you want me to tell you all about our memory....i can story with you...
IF YOU WANT iT.....
assalamualaikum.....

don't know larh......heeeeyyyy ~

kadang-kadang aq rase kau wujud,
kadang-kadang aq rase kau hilang daripada hati aq,
kadang-kadang kau datang meminta pertolongan pada ku,
walaupun ia nya hanya dalam mimpi...
sampai hari ni aq ta pasti, apakah perasaan ku ini terhadap diri mu...
adakah masih sama seperti dulu.?
atau tidak..? aq sendiri tidak taw..tapi yang pasti aq tetap dengan pendirian ku...

kadang-kadang aq rase kau masih menyangi diriku,
kadang-kadang aq rase kau masih ambil peduli tentang diriku,
kadang-kadang aq rase kau masih sama seperti dulu,
sehingga aq tidak mampu melupakan perangai dikau yang mengada-ngada tu..
tetapi walau pun kau begitu aq sudi melayan nye..
melayan perangai kau yang mengada-ngada and maybe yang agak manja..

kadang-kadang aq rase aq ingin menunggu dirimu,
kadang-kadang aq terdengar suara mu yang sedang berbisik di telinga ku,
yang aq tidak lupa, suara mu yang sedang marah pada ku..
di saat kau merajuk dengan ku...
kau sering merajuk tetapi aq tidak tahu bagaimana nak memujuk diri mu pada saat itu,
aq minta maaf.

dari awal telah aq katakan, yang aq tidak pandai memujuk orang tapi kau tetap berdegil...
kau masih merajuk...
dengan sedaya upaya aq cube untuk memujuk dirimu,
sehingga aq percaya...
kau dilahirkan untuk ku...

tetapi pada saat ini,
kau bukan lagi dilahirkan untuk aq..
kau dilahirkan untuk insan lain.
mungkin insan yang lebih baik daripada diriku ini,
walaupun begitu aq tetap berdoa pada yang esa bahawa kau dilahirkan untuk ku..
hanya doa yang mampu menguatkan perasaan ku ini..
hanya doa yang mampu kuat kan aq untuk meneruskan perjalanan hidup ku tanpa dirimu..
hanya doa yang mampu menentukan segala-galanya..

'perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebalik nya'

sehingga saat ini aq masih belum menemukan jalan penyelesaian tentang dirimu..
mengapa dirimu masih berada di lubuk hati ku.? 
mengapa nama mu masih tebal di hati ku.?

walaupun aq taw di hati mu tiada lagi nama ku...
walaupun aq taw kau sudah menjumpai pengganti ku di sisi mu..
begitu mudah kau buka benang nama ku di hatimu.

maaf seribu kali maaf aq masih tidak menemukan jalan penyelesaiannye...
hope kau bahagia dengan si dia...aq takkan ganggu hubungan kau dan orang yang kau cintai....
aq doa kan agar kau jumpe perempuan yang kau cari selama ini...
aq akan bahagia jika kau bahagia.....

Monday, June 13, 2011

they always support me..

they are my friends forever and ever....
=) 
first I want talk about,
muhammad solehin bukhari.
solehin, hmmm at school we called him mega...
for me,dye oke....tapi kadang-kadang dye masuk air tu jd ta betol sikit....for me yg best nye pasl mega ni....he always make me smile and laugh when we sit down together at 1 place...hiih.....soo funny...dye mmg terer buwart lawak....lawak bengong dye...
I very happy sbb dye penah jadi membe aq...bukan membe lg....tp my bestfriend...forever.....
tapi sayang nye...dye da pindah...dulu dye stay dekrt shah alam...then now dye pindah dekrt perak...hiih....sooo....ta dpt lepak sama-sama lagi....
paling aq suke dekrt mega ni 1 jer....aq suke tengok dye smile and aq suke tgk mata dye...haha don't know why..=)...

second I want talk about
ahmad nasruddin luqman.
he is kind,very kind person....dye ni larh satu-satu nye kawan aq yg bersekolah agama before dye masuk teknik kajang..mule-mule kiteorg ta rapat pun..tp mcm mane nth bole rapat aq pun da ta ingt sangat da....
by the way...the important thing...dye banyak bg nasihat dekrt aq.....mmm..terutama nasihat pasal tudung..byk jugak larh dye membebel...tapi nasihat dye amat berguna bg aq...sangat berguna...sampaikan  aq ta taw na cakap terima kasih dekrt dye mcm mane lagi....
ayat-ayat arab bole dikatakan semua ad dapat daripada dye....=)
i really appreciate that..thanks,nash....

third I want talk about 
kawan sebilik dengan aq mase aq f5..
(syazwani,alyanna,intan,heedya,aliah,aiime,umi nab,maisara,epy,aisyah,aida,kimot,asmira,syeda,ara,ezatti,and ema)
they always support me,they always make me happy and make me smile..after mega...
dekrt dalam dorm..after balik class kami mesty akan lepak dekrt meja foodcourt and cerita ap yg terjadi pada hari tersebut...sangat happy sbb dapat berkongsi cerita pada masa tu....tp sekrg masa da berubah....masing-masing buwart hal masing-masing....semua da busy ...ad yg keje...ad yg sambung blja....ad yg pinda .....hmmm...semua da berpecahhh...tpi alhamdulilla setakat ni....semua ta lost contact lagi....mintak jauh larh.....

fourth, it's about 
suhaila,nadiah,muawana,nabila,linda
they also kind......with me....tp dyeorg pun oke jugak..........hmmm aq ta taw na huraikan mcm mane story dyeorg sbb bg aq semua sama jer bagi aq......

and...
i want talk about my first bestfriend....
kemas muhammad danial....
hihih.......i'm so proud with him....he always advice me when i frustrated...dye selalu ad....bile aq na spill something yg aq pendam.....about my feelings...about ap yg terjadi hr ni...or whatever,......ihihi..
dye ada lah pengawas sekolah tapi perangai tetap sama......bile na ponteng class mmg dye ad....
huhu....dye ni larh president kPk.....huhuh....naib president dye mega...hahah...
both of them mmg terer dalam bidang muzik...they can sing,they can play giutar,they can play keyboard...dyeorg berdua mempunyai suare yg best for me.....hihihi.....
what i like about him....his eyes...

lastly,
kawan aq yg suke cari gado dgn aq...
akhyari mazlan....we called him awe...
dye ni pun pengawas skola tapi sama jer mcm kemas...lebih kurang....
kiteorg ta puas hati start aq masuk teakwando...aq start ta puas hati dgn dye sbb dye gelak bile aq training....

that's all from me for today......i happy because i have friends like you all.....terutama mega,nash,and kemas.....for me they are my bestfriend...alyanna,awe,intan,umi,heedya,epy they always bully me dalam dorm....they take away my mouse...my beloved mouse...huhu....aliah,wana,nik,nabila,sue,nadiah..thanks for everythings.....ecah,aida,asmira,linda......
thank you very much friends....i love all of you......aq ta na hilang kawan macam korg...terutama yg selalu bg aq nasihat.....yang ta putus-putus and ta jemu-jemu korg bg nasihat dekrt aq.....
tegur aq bile terserempak...tegur aq if aq ad buwart sala after this oke..?? promise with me...??
don't lost contact...
<3 <3 <3 <3
hope korang berjaya dalam bidang korang ceburi after this....semoga berjaya dunia and akhirat.....

kabhi khushi kabhie gham

kabhi khushi kabhie gham
this is the wonderful story for me.....it's all about love between you ang your family....so otuch when you watch it....aq rase korg pun ad tgk story ni kan..? ad yang sampai tangkap leleh tgk cite ni....
in this film i very like Pooja(kareena kapoor) she's so sexy in this film.... i very like her style...hhuuu~~
but......too bad...
dekrt malaysia ta bole wearing like that style......huhuhu...nanty ad jer mulut org yg na berkata....huhuhu....
oopppSS.....soorry sapa yg terasa tu.....


hye !

hye there..thank God......i can open my blog back....huu....~
menangis aq hari tu blog aq ta bole bukak...........sayang kowt blog ni...na buwart baru malas na menulis balik...soo aq sabar jer alrh....
fuhh~ lega....blog aq da bole bukak.....<3 <3 <3

Tuesday, May 10, 2011

=) ohh..! my big bang.....

setelah aq melayan big bang big show 2010 dekrt utube...selama 3 jam....baru aq puas melayan hidup ni....hihi...
feeling bhai....dengar lagu-lagu dye.....tengok dekrt utube, then pakai headphone then dengar big bang big show dengan kadar volume yg paling kuat...
pergghhh.....ta der siapa pun kacau aq tengok concert tu....mane tak nye tengok dr pukul 2.00a.m until 4.00a.m. hahah..lame tak...? 
 semalam kebetulan kemas online...so aq chat-chat dengan dye.....secara ta langsung aq dgn kemas main tag2 lagu korean....haha...dye layan lagu-lagu big bang yg aq tag...pastu aq pun layan lagu-lagu yang kemas tag dekrt aq....hahah......

show seungri ta boleh bla...aq rase tercaba dgn show dye (strong baby) wooo......sexy....<3 hahha...
i love you very much seungri.....you are my all....hahah

G-dragon the best show that i've seen before......paling best punye show...

senang cerita...for me...

BIG BANG is THE BEST...
<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 

ni semua nik yang bgtaw...kalu ta...aq ta taw pun big bang ad buwart concert...weekkk..>!

thanks kemas muhammad danial..sbb sudi share dgn aq...pasl lagu-korean yg kite main tag2 mlm semalam...hahaha
and.
thank you nik...sbb bgtaw aq info2..semasa pasl big bang....
crack, crack, crak...
wwwwwooo....hye sexy......
bYE....my ladies.....
<3

mmuuaahhxx........


Wednesday, May 4, 2011

i don't know....

aq ta taw larh kenapa sejak akhir-akhir ni.....semua org terasa dengan apa yang aq katakan.....terasa dengan ayat-ayat aq..? adakah ayat aq tu membuwart kan dyeorg terasa or what..? bg aq ayat aq tu biasa jer....sama jer macam dulu......tapi entah larh aq sendiri ta taw kenapa jadi macam ni.....


mmm........maybe dyeorg ta boleh terima da kowt dengan cara aq......tapi entah larh....ta paham aq......makin lame semakin susa aq na paham life ni macam mane.......aq cakap macam ni dyeorg terasa........aq cakap macam tu dyeorg terasa........hey ta paham aq dengan dyeorg sekarang ni.....sebenarnye apa yang korang na aq cakap lagi........ishh..!


aq bagitaw rakan aq sorang ni...pasal ni....pastu dye cakap biar kan jer dyeorg cakap macam tu lama-lama dyeorg boleh terima insya-allah........


????

Monday, April 25, 2011

keistimewaan wanita.....

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”  [HR Muslim.]

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga. 

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail. 

6. Syurga seorang anak terletak dibawah telapak kaki ibu. 

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.  [HR Muslim.]

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.” 

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah. 

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan. 

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. 

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam. 

Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita.. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini..Salam Ukhwah...

bagaimana bercouple cara islam ?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
- Artikel iluvislam.com

wanita itu indah...

Wanita itu indah> Allah menciptakan wanita> Dengan mata yang teduh> Senyum yang menenangkan> Suara yang menyejukkan>>

Wanita itu indah> Tidak peduli coklat atau putih> Hitam atau kuning> Tinggi atau pendek> Gemuk atau langsing>>

Wanita itu indah> Apabila dia menyadari> Kalau dia diciptakan Allah dengan 1001 keistimewaan> Apabila dia menyadari> Allah menciptakannya> Sebagai penawar resah>>



Wanita itu indah> Tempat anak-anak berlari mencari ketentraman> Tempat anak-anak belajar mengenai dunia> Tempat anak-anak belajar mengenai kasih sayang> Tempat anak-anak belajar bahwa wanita itu indah>>

Wanita itu indah> Tempat suami mencari ketentraman> Tempat suami mencari alasan untuk hidup> Tempat suami berbagi> Tempat suami melimpahkan kasih dan sayangnya>>
 
Wanita itu indah...>>

Terima kasih ya Allah, Engkau telah menciptakan aku sebagai seorang> wanita, dengan segala kelebihan dan kekurangan.> Ya Allah, ampunilah aku, atas semua khilaf yang aku lakukan. Bantulah aku,> agar selalu dapat menjaga lidahku, menjaga pandanganku, menjaga hatiku serta IMANku. Ya> Allah, berikanlah aku seorang pendamping, yang mengerti bahwa wanita itu indah,...

cinta tak seharusnya memiliki........

Seperti bulan dan bintang, langit dan bumi, Remaja dan cinta tidak boleh dileraikan...
tidak boleh dilepaskan kerana inilah fitrah alam.. tapi bagaimana hendak mengendalikan fitrah itu.??Mari kita selusuri kisah cinta seorang lelaki yang hidup dan matinya kerana Allah dan Rasulullah saw..

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..
beliau merupakan lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.
Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini. bahkan Hamka dalam novelnya menceritakan bahwa dua bulan lamanya Ia dalam duka, jiwa dan raga. Tetapi, beliau  pun segera bangkit dengan sisa tenaga yang ada, mencuba merapikan kepingan hati yang telah porak poranda.

  beliau hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….
Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

  Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah SAYYID QUTB.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..
Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..

Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..


( ya Allah, jika benar tiada cinta dunia untukku, aku rela ya Allah.. asalkan aku dapat menggengam cintaMu ya Allah, menghirup rinduMu ya Allah.. amin)






mane 1 pilihan hati.......=)


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham..
"
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,"

Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,"

emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

About Me

My photo
i like spend my time with drawing.....=)